Tuesday, 13 December 2016

Langkah Perlu Buat Selepas habis exam SPM.

Assalamualaikum..alhamdulillah kali ni saya berkesempatan untuk berkongsi serba sedikit tentang pendidikan selepas SPM.Ramai lepasan SPM nak isi matrik ta tahu, ape itu upu pun ramai yang kurang tahu.So,saya ingin berkongsi dengan pembaca serba sedikit yang saya tahu,

.Ape Nak Buat Bila tamat jew SPM??


  1. korang kena cari maklumat tentang tarikh permohonan untuk matrikulasi,asasi, dengan diploma.Korang kena faham 3 cabang ini sebelum memilih samaada nak ambik matrikulasi,asasi atau diploma.Korang kena tahu bila dia buka dan bila tarikh tutup.supaya korang tak ketinggalan untuk memohon.
         macam gambar kat bawah ni hala tuju untuk ambik ijazah selepas SPM.Setiap cabang          yang korang ambik ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
         



2.APE ITU MATRIKULASI

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

Jangka Masa Program
  • Program Satu Tahun (2 Semester)
  • Program Dua Tahun (4 Semester)

Bila nak masuk matrikulasi kena beli no.PIN kat BSN..cuma RM6.Dah ada no.pin boleh pergi ke portal matrikulasi secara online seperti link kat bawah ni.







3.APE ITU ASASI?



Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Permohonan asasi boleh melalui UPU.Sebab itu korang kena cakna bila tarikh upu buka.
Program asasi biasa buat kat university.




4.APE ITU DIPLOMA??





Program Diploma ialah satu program yang diuruskan dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti atau kolej .diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Tapi sebab diploma ni 3 tahun agak lama korang kena habiskan masa yang lama untuk pergi ke ijazah berbanding ambik matrik atau asasi.Bila pilih Diploma..yang mahu kerja dah boleh kerja sebab diploma ni diterima pakai dalam pekerjaan.Tapi gaji basic lagi rendah berbanding graduan yang memegang ijazah.
Andai kata nak ambik Diploma secara percuma aku cadangkan ambik jew kat Kolej Kemahiran Tinggi Mara.Mara kasi elaun Rm 300..Ta perlu bayar semula bila tamat belajar dan ta perlu pinjam PTPTN.So,jimat duit ..kalau ambik diploma yang pakai PTPTN..Ijazah pun PTPTN...EMMM...banyak la korang kena bayar balik bila dah dapat kerja nanti.So.aku cadangkan ambik diploma yang Mara taja iaitu KKTM.

Konklusinya,Sebelum korang nak pilih kena tahu dulu ape itu asasi, matrikulasi dengan Diploma.Tapi kalau korang nak belajar sampai ijazah,JANGAN ambik DIPLOMA.Diploma kalau nak kerja dulu baru sambung ijazah.Ambik asasi atau Matrikulasi kalau ta nak kerja sebelum ijazah.Cepat pun cepat..cuma perlu rajin time belajar.Klau boleh tiap kali exam pointer tu 3.00 keatas.
    "SELAMAT MAJU JAYA DALAM COURSE YANG BAKAL KORANG PILIH..NAK PILIH  COURSE KENA TENGOK PENCAPAIAN DALAM SPM DAN KETIKA   ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA SEKALIPIN...APE PUN KALAU KELIRU SANGAT SOLAT ISTIKHIRAH..MINTAK ALLAH KASI KITA Y6ANG TERBAIK..INSYAALLAH"